Cari:
China Anggotai EBRD
2015-12-15 14:54:36 CRI Cetak

Bank Eropah untuk Pembinaan Semula dan Pembangunan (EBRD) telah meluluskan resolusi untuk menerima China sebagai anggotanya semalam. Selepas prosedur undang-undang China dijalankan, China akan menjadi anggota EBRD secara rasmi.

EBRD yang beribu pejabat di London ditubuhkan pada tahun 1991 dan merupakan salah satu institusi kewangan pembangunan yang paling penting di Eropah.

Pegawai Bank Rakyat China menyatakan bahawa keanggotaan China dalam EBRD akan menggalakkan penggabungan inisiatif pembangunan "Jalur dan Laluan" (B&R) China dengan rancangan pelaburan Eropah serta menyediakan pelbagai peluang bagi pelaburan dan kerjasama antara China dengan EBRD di kawasan tengah dan timur Eropah, kawasan timur dan selatan Laut Mediterranean dan kawasan Asia Tengah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China