Cari:
Obama Sampaikan Ucapan tentang Strategi Perangi IS
2015-12-15 15:07:30 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyampaikan ucapan menerusi televisyen mengenai strategi dan kemajuan dalam memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS) di Pentagon semalam waktu tempatan. Beliau menegaskan bahawa strategi AS amat berkesan.

Obama menyatakan bahawa sejak serangan udara terhadap IS yang dilancarkan tentera AS pada bulan Ogos lalu, pasukan pakatan antarabangsa yang diketuai AS telah melancarkan serangan udara sebanyak lebih 9 ribu kali. Tentera AS dalam operasi berkenaan telah membunuh beberapa orang ketua kumpulan militan itu.

Namun, Obama mengakui pasukan tentera darat menghadapi cabaran yang amat besar yang memerlukan sokongan serangan udara. Sehubungan dengan itu, Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter telah berlepas ke Asia Barat untuk mendapatkan lebih banyak sokongan ketenteraan. Dalam perkembangan lain, Setiausaha Negara AS, John Kerry juga akan ke Moscow untuk berbincang tentang kaedah penyelesaian krisis Syria melalui saluran politik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China