Cari:
IAEA Tamat Siasatan terhadap Tuduhan Pembangunan Senjata Nuklear Iran
2015-12-16 15:30:56 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Mesyuarat Khas Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) semalam meluluskan resolusi, berdasarkan laporan penilaian muktamad IAEA berhubung dengan isu-isu yang belum selesai dalam program nuklear Iran, memutuskan untuk menamatkan siasatan selama 12 tahun mengenai isu sama ada Iran membangunkan dan menyelidik senjata nuklear secara rahsia atau tidak.

Resolusi tersebut diluluskan oleh lembaga khas IAEA berikutan tuntutan dalam perjanjian komprehensif berhubung dengan isu senjata nuklear Iran yang dicapai oleh enam kuasa dunia berhubung dengan isu nuklear Iran dengan Iran pada bulan Julai tahun ini.

Menurut resolusi tersebut, berdasarkan laporan penilaian muktamad IAEA, tindakan untuk menjelaskan "peta garisan" berhubung dengan isu-isu yang belum diselesaikan dalam program nuklear Iran telah dilaksanakan seperti yang dijadualkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China