Cari:
Li Keqiang Hadiri Sidang Media SCO
2015-12-16 13:14:57 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang dan para pemimpin yang menyertai Mesyuarat Perdana Menteri Anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) menghadiri sidang media bersama di Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa Zhengzhou tengah hari semalam.

Li Keqiang menyatakan bahawa mesyuarat kali ini telah membuahkan hasil yang pragmatik, antaranya termasuklah persepakatan mengenai kerjasama dalam rangka SCO, bersetuju bahawa SCO perlu mengumpulkan lebih banyak sokongan dan meneroka potensi kerjasama, menggalakkan kerjasama dalam pelbagai bidang berkembang ke tahap yang lebih tinggi, bersama-sama mengoptimumkan persekitaran pelaburan dan perniagaan, berusaha mengubah suai kaedah pembangunan ekonomi demi mendorong kedamaian, pembangunan, kemakmuran dan kestabilan rantau ini.

Li Keqiang menegaskan bahawa pelbagai pihak bersetuju dengan konsep keterbukaan, telus, saksama dan inklusif dalam mengintensifkan kerjasama serantau dalam bidang keselamatan, kesalinghubungan, kewangan, perdagangan serantau, sosial dan sektor yang melibatkan kesejahteraan hidup rakyat.

Sebelum sidang media itu, Li Keqiang dan para pemimpin dari negara lain telah menghadiri majlis menandatangani Kenyataan Bersama dan resolusi mesyuarat kali ini, mengeluarkan kenyataan Perdana Menteri Anggota SCO mengenai Kerjasama Serantau serta menyaksikan penandatanganan pelbagai dokumen kerjasama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China