Cari:
AS dan Rusia Tingkatkan Kerjasama Perangi IS
2015-12-16 13:21:40 CRI Cetak

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry mengadakan rundingan dengan Presiden Rusia, Viladimir Putin dan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov di Moscow semalam. Kedua-dua pihak akan meningkatkan komunikasi dan kerjasama dalam isu Syria dan tindakan memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS).

Dalam sidang media selepas rundingan tersebut, John Kerry menyatakan bahawa AS dan negara sekutunya tidak berhasrat untuk menggulingkan kerajaan Syria sekarang, namun AS menganggap Pre­siden Syria, Bashar al-Assad tidak boleh terus memegang kuasa di Syria pada masa depan. AS dan Rusia bersepakat untuk menyelesaikan isu Syria secara politik.

Kerry juga menyatakan bahawa AS bersedia untuk bekerjasama dengan Rusia dalam memerangi IS, tetapi AS bimbang akan serangan udara yang dilancarkan Tentera Udara Rusia di wilayah Syria bukan menyasarkan IS. Kebimbangan tersebut telah beliau luahkan kepada Presiden Putin.

Tambah beliau lagi, AS dan Rusia telah mencapai persepakatan mengenai senarai pertubuhan pengganas dan menganggap IS dan Barisan Nusra sebagai kumpulan pengganas yang mesti dihapuskan.

Dalam sidang media itu, Lavrov menyatakan bahawa Rusia menyokong AS untuk mengadakan Sidang Menteri Luar Isu Syria pusingan baharu di New York pada 18 Disember ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China