Pada bulan Januari hingga November lalu, pelaburan langsung China ke luar negara bukan kewangan meningkat 16 peratus dengan mencatat USD 104.13 bilion berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.
Pegawai Bahagian Pelaburan dan Kerjasama Ekonomi dengan Negara Luar Kementerian Perdagangan China memaklumkan bahawa pelaburan tersebut hampir merangkumi semua sektor ekonomi negara.
Pelaburan dalam industri pembuatan pula mencatat USD 11.8 bilion, iaitu meningkat 95.4 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.