Cari:
Xi Jinping: Laksanakan Strategi Pembangunan melalui Internet
2015-12-17 11:32:17 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping ketika melawat ke Ekspo Gemerlapan Internet di Wuzhen, provinsi Zhejiang semalam menegaskan bahawa Internet telah mencetuskan perubahan yang amat besar kepada aktiviti harian manusia dan juga berperanan sebagai penggerak kepada pembangunan inovasi dalam pelbagai bidang. Kita perlu mengambil pelbagai peluang demi melaksanakan strategi pembangunan yang dipacu oleh inovasi dalam era Internet.

Xi Jinping menyatakan bahawa kerajaan akan menyokong dan menggalakkan syarikat-syarikat menggunakan Internet bagi mengubah suai kaedah pembangunan, antaranya termasuklah inovasi teknologi, inovasi perkhidmatan dan inovasi model perniagaan serta meneroka keusahawanan. Selain itu, kerajaan akan menggalakkan syarikat-syarikat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat.

Ekspo Gemerlapan Internet diadakan bersempena dengan Persidangan Internet Dunia ke-2 di Wuzhen. Lebih 260 buah syarikat dari rantau Asia-Pasifik, Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Amerika Latin telah menyertai ekspo tersebut dan lebih 80 aktiviti promosi diadakan untuk memperkenalkan teknologi canggih dan hasil terkini yang melibatkan Internet di China dan negara-negara lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China