Cari:
AS Baiki Sistem Amaran Atasi Serangan "Lone Wolf"
2015-12-18 13:17:41 CRI Cetak

Setiausaha Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat (AS), Jeh Charles Johnson semalam mengumumkan bahawa kerajaan AS akan membaiki sistem amaran keganasan sedia ada untuk mengatasi serangan taktik "Lone Wolf" yang mungkin berlaku.

Johnson dalam sidang media semalam menyatakan bahawa pihaknya telah menambah "kenyataan ancaman keselamatan negara" dalam sistem amaran itu untuk menjelaskan perkembangan serangan keganasan dalam tempoh masa tertentu kepada rakyat AS walaupun ancaman itu tidak mencapai tahap yang amat berbahaya.

Menurut kenyataan amaran yang dikeluarkan buat pertama kalinya semalam, kumpulan pengganas sekarang lebih banyak menggunakan Internet untuk menghasut dan merekrut individu di dunia untuk melancarkan serangan "Lone Wolf" yang sukar dicegah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China