Presiden AS, Barak Obama semalam menyatakan demikian dalam sidang media sempena musim perayaan Krismas yang akan disambut pada minggu depan. Beliau berkata, kerajaan AS sedang memastikan dan menjamin keselamatan tanah air daripada tiga aspek, iaitu terus memerangi kumpulan pengganas di luar negara, membendung pengganas memasuki AS dan memperkukuh hubungan dengan badan penguatkuasa undang-undang, komuniti perumahan serta syarikat sains dan teknologi demi mencegah serangan keganasan tercetus di AS.
Obama menegaskan, rakyat AS mesti mengekalkan kewaspadaaan dalam tempoh cuti hari Krismas kerana AS masih menghadapi ancaman serangan "Lone Wolf" yang dilancarkan oleh pertubuhan kecil dan individu pada ketika ini.