Kerajaan China amat memberikan perhatian kepada penggabungan, inovasi dan pembangunan Internet serta menjadikan Internet sebagai kuasa utama dalam melaksanakan strategi pembangunan berdasarkan inovasi, platform keusahawanan yang berkesan bagi rakyat dan peneraju utama dalam pembaharuan struktur ekonomi.
Demikian dinyatakan Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembaharuan dan Pembangunan Negara China, Lin Nianxiu ketika menyampaikan ucaptama dalam Forum Inovasi dan Pembangunan Mampan Internet bersempena dengan Persidangan Internet Dunia ke-2 semalam.
Lin Nianxiu menyatakan bahawa pembangunan inovasi Internet akan banyak membantu kemunculan era baharu inovasi dan keusahawanan di China.