Cari:
Wang Yi Kemukakan Cadangan China bagi Selesaiakn Isu Syria
2015-12-19 15:30:30 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi menghadiri mesyuarat menteri luar ke-3 Kumpulan Sokongan Syria Antarabangsa(ISSG) yang diadakan di New York AS pada 18 Disember lalu.

Dalam mesyuarat itu, Wang Yi mengemukakan pendirian dan cadangan China untuk menyelesaikan isu Syria melalui saluran politik dari lima aspek utama, iaitu memulakan rundingan damai, mengadakan gencatan senjata dan menghentikan tindakan kekerasan, bersama-sama memerangi keganasan, menghulurkan bantuan kemanusiaan dan menjalankan pembangunan semula di Syria.

Wang berkata, isu Syria agak rumit. Pelbagai pihak diharap dapat mengambil peluang, mengetepikan perselisihan, mencapai konsensus dan berganding bahu untuk mempercepat proses penyelesaian isu Syria melalui saluran politik. China akan terus memainkan peranan yang membina dalam isu tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China