Cari:
UNSC Luluskan Resolusi Penyelesaian Isu Syria Melalui Saluran Politik
2015-12-19 16:05:34 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Majlis Keselamatan PBB (UNSC) semalam sebulat suara meluluskan resolusi untuk menyelesaikan isu Syria melalui saluran politik agar rundingan damai antara pelbagai pihak Syria melalui misi pengantaraan PBB dapat dimulalan pada awal bulan Januari tahun depan.

Resolusi tersebut menekankan, UNSC mengiktiraf konsensus yang dicapai dalam Komunike Geneva tahun 2012 dan mesyuarat menteri luar ke-2 Kumpulan Sokongan Syria Antarabangsa yang diadakan pada bulan November tahun ini. Resolusi ini turut menegaskan bahawa masa depan Syria di tangan rakyatnya.

Menurut resolusi itu, UNSC menyokong genjatan senjata dikuatkuasakan di seluruh Syria. Pelbagai pihak berhubung isu Syria segara menghentikan serangan yang menyasarkan rakyat jelata dan sasaran awam, segera menyediakan laluan yang selamat, cepat dan tidak dibendung kepada agensi-agensi kemanusiaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China