Cari:
Persidangan Internet Dunia ke-2 Berakhir
2015-12-19 14:35:54 CRI Cetak

Persidangan Internet Dunia ke-2 (WIC) yang berlangsung selama tiga hari telah dilabuhkan tirainya di Wuzhen, provinsi Zhejiang China petang semalam.

Pengarah Pejabat Maklumat Internet Negara China, Lu Wei dalam majlis penutupan WIC menyatakan bahawa dalam tempoh tiga hari yang lalu, seramai lebih dua ribu tetamu dari lebih 120 buah negara dan kawasan berkumpul di Wuzhen dan telah mendengar ucaptama yang disampaikan Presiden China, Xi Jinping dan ucapan yang dibuat oleh pemimpin beberapa negara dan pegawai beberapa pertubuhan antarabangsa. Dalam sepuluh forum yang melibatkan 22 buah topik yang diadakan semasa berlangsung persidangan itu, para peserta bertukar-tukar pendapat, mengemukakan cadangan dan mencapai persepakatan mengenai tema WIC kali ini, iaitu "Kesalinghubungan, Perkongsian dan Tadbir Urus Bersama bagi Bina Komuniti Berkongsi Masa Depan dalam Ruang Siber" dan ucaptama Presiden Xi. Serentak itu, Ekspo Gemerlapan Internet juga diadakan untuk mempamerkan teknologi internet yang canggih dan hasil penyelidikan terkini di dalam dan luar China.

Lu Wei menyatakan bahawa Presiden Xi dalam ucaptama telah mengemukakan empat prinsip untuk menggalakkan pembaharuan sistem tadbir urus internet sejagat dan lima cadangan demi membina komuniti berkongsi masa depan dalam ruang siber. Ucaptama itu mendapat sahutan yang positif dan pujian para peserta WIC dan masyarakat antarabangsa.

Dalam majlis penutupan WIC, para peserta menyatakan bahawa persidangan kali ini amat bermakna dalam usaha menggalakkan perkembangan internet dengan lebih baik. Pelbagai pihak perlu berpimpinan tangan dan mengambil tindakan bersama untuk menggalakkan kesalinghubungan, perkongsian dan tadibir urus bersama dalam ruang siber untuk mencipta masa depan manusia yang lebih cerah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China