Cari:
Tentera China Pelihara Kedaulatan dan Keselamatan Negara dengan Tindakan Mustahak
2015-12-19 16:01:54 CRI Cetak

Pada pagi 10 Disember lalu, dua pesawat pengebom B-52 AS memasuki ruang udara China yang menghampiri pulau dan terumbu Kepulauan Nansha. Pihak tentera China mengekalkan pemantauan rapi dan meningkatkan langkah berjaga-jaga terhadap operasi pesawat tentera AS itu serta mengeluarkan amaran agar pesawat pengebom AS keluar dari kawasan itu.

Demikian dimaklumkan Biro Hal Ehwal Penerangan Kementerian Pertahanan China ketika diminta ulasan tentang hal tersebut hari ini.

Menurut Kementerian Pertahanan China, dalam suatu masa kebelakangan ini, AS selalu mengerahkan kapal dan pesawat tentera ke kawasan perairan dan ruang udara di Laut China Selatan untuk mencetuskan ketegangan situasi, bahkan menghantar pesawat pengebom ke ruang udara yang berdekatan dengan pulau dan trumbu di Kepuluan Nansha China. Tindakan AS itu telah mengancam secara serius keselamatan penjaga dan kemudahan China serta menjejaskan kedamaian dan kestabilan serantau. China menggesa AS segara mengambil tindakan untuk mengelakkan kegiatan provokasi ketenteraan itu daripada berulang.

Untuk menghadapi tindakan provokasi AS itu, pasukan tentera China akan mengambil semua langkah dan tindakan yang mustahak untuk memelihara dengan tegas kedaulatan dan keselamatan negara serta kedamaian dan kestabilan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China