Naib ketua delegasi China yang juga Naib Menteri Perdagangan China, Wang Shouwen berpendapat mesyuarat kali ini amat berhasil. China membuat sumbangan yang proaktif untuk menjayakan mesyuarat kali ini.
Deklarasi Nairobi berjaya diluluskan pada mesyuarat kali ini dan para peserta telah mencapai persepakatan mengenai daya saing sektor eksport pertanian yang menjadi tumpuan negara-negara membangun termasuk negara di Afrika. 162 anggota WTO buat julung kalinya memberi jaminan bahawa subsidi eksport hasil pertanian dibatalkan secara menyeluruh.
Ketua Pengarah WTO, Roberto Azevedo menyifatkan pencapaian perjanjian tentang daya saing eksport sektor pertanian sebagai hasil yang paling penting dalam sektor pertanian sejak WTO ditubuhkan pada 20 tahun yang lalu.