Cari:
China Gesa AS Hentikan Tindakan Pencabulan Kedaulatan dan Keselamatan China
2015-12-20 14:37:43 CRI Cetak

China sekali lagi menggesa AS meneliti diri dengan bersungguh-sungguh dan membetulkan kesalahan diri sendiri, mengambil langkah berkesan untuk mencegah sebarang tindakan yang berbahaya dan bersifat provokasi daripada berlaku, menghentikan sebarang tindakan yang mencabuli kedaulatan dan kepentingan keselamatan China dan menjejaskan kedamaian dan kestabilan perairan Laut China Selatan.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei ketika diminta ulasan mengenai pesawat pengebom B-52 AS memasuki ruang udara yang berhampiran pulau dan terumbu berkenaan China pada pagi 10 Disember lalu, dan pegawai Kementerian Pertahanan AS menyatakan operasi tersebut bukan dirancang terlebih dahulu, sebaliknya adalah kesilapan ekoran keadaan cuaca dan pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap hal itu.

Hong Lei menyatakan bahawa Biro Hal Ehwal Penerangan Kementerian Pertahanan China telah memberikan jawapan mengenai hal itu. Pihak tentera China mengekalkan pemantauan rapi dan meningkatkan langkah berjaga-jaga terhadap operasi pesawat tentera AS itu serta mengeluarkan amaran agar pesawat pengebom AS keluar dari kawasan itu.

Hong Lei menyatakan bahawa China mengambil sikap yang serius terhadap hal itu dan mengeluarkan bantahan keras terhadap AS. Hong Lei menegaskan bahawa China sentiasa menghormati dan memelihara pelayaran dan penerbangan bebas pelbagai negara di pelbagai tempat di dunia berdasarkan undang-undang antarabangsa, namun China juga tidak mengizinkan sesiapa pun menjadikan kebebasan pelayaran dan penerbangan sebagai dalih untuk mencabuli kedaulatan negara dan menjejaskan kepentingan keselamatan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China