Cari:
Perjanjian Perdagangan Bebas China-Korea Selatan dan China-Australia Berkuatkuasa
2015-12-20 15:09:06 CRI Cetak

Perjanjian Perdagangan Bebas China-Korea Selatan dan China-Australia berkuatkuasa secara rasmi hari ini. Korea Selatan dan Australia adalah rakan dagang yang penting bagi China, pembentukan kawasan perdagangan bebas itu akan melakhirkan tenaga penggerak yang amat besar kepada peningkatan hubungan ekonomi dan perdagangan China dengan negara lain serta penggabungan ekonomi dan perdagangan rantau Asia-Pasifik.

Perjanjian Perdagangan Bebas China-Korea Selatan merupakan perjanjian yang ditandatangani oleh China dengan negara lain dengan melibatkan jumlah perdagangan yang paling banyak dan merangkumi bidang yang paling luas. Menurut maklumat berkenaan, sebagai langkah pertama penguatkuasaan perjanjian itu, kedua-dua negara mengurangkan tarif bermula hari ini, dan mengurangkan tarif buat kali kedua pada 1 Januari tahun 2016. Dalam tempoh kira-kira 20 tahun, China akan mewujudkan kadar tarif sifar terhadap 91% produk yang diimport dari Korea Selatan, manakala Korea Selatan akan mewujudkan tarif sifar terhadap 92% produk dari China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China