Pegawai Bank Rakyat China menyatakan alu-aluan terhadap Kongres Amerika Syarikat yang telah meluluskan pelan pembaharuan terhadap kuota dan tadbir urus tahun 2010 Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Kongres AS meluluskan pelan itu kelmarin yang menandakan pelan pembaharuan itu akan berkuatkuasa secara rasmi selepas ditangguhkan beberapa tahun. Pegawai Bank Rakyat China menganggap bahawa menurut pelan pembaharuan itu, perwakilan dan hak bersuara pasaran baharu muncul dan negara membangun dalam IMF akan ditingkatkan, ini berfaedah kepada menjaga reputasi, kesahan dan keberkesanan IMF.
Selepas pelan pembaharuan itu berkuatkuasa, kuota China akan meningkat daripada 3.996% kepada 6.394%.