Cari:
Mesyuarat Kerja Ekonomi Kerajaan Pusat di Beijing
2015-12-22 12:18:38 CRI Cetak

Mesyuarat Kerja Ekonomi Kerajaan Pusat China diadakan di Beijing pada 18 hingga 21 Disember lalu.

Presiden China, Xi Jinping, Perdana Menteri, Li Keqiang dan lima anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, iaitu Zhang Dejiang, Yu Zhengsheng, Liu Yunshan, Wang Qishan dan Zhang Gaoli menghadiri mesyuarat tersebut.

Presiden Xi dalam ucapannya telah membuat rumusan tentang kerja-kerja ekonomi bagi tahun 2015, menganalisis situasi ekonomi domestik dan antarabangsa serta mengatur tugasan ekonomi bagi tahun 2016. Antara usaha yang penting termasuklah melaksanakan rancangan pembangunan lima tahun ke-13, menggalakkan reformasi struktur ekonomi serta pembangunan ekonomi mampan dan sihat.

PM Li dalam ucapannya telah membentangkan hala tuju dasar ekonomi makro serta mengatur tugas utama dalam pembangunan sosioekonomi pada tahun 2016.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China