Cari:
Pihak Berkuasa China Siasat Punca Tanah Runtuh di Shenzhen
2015-12-22 12:24:53 CRI Cetak

Kementerian Tanah dan Sumber-sumber (MLRC) akan mengadakan sinergi dengan Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar-Luar Bandar (MOHURD), Jabatan Pentadbiran Keselamatan Kerja Negara (SAWS), Jabatan Keselamatan Awam (MPS) serta agensi-agensi kerajaan provinsi Guangdong dan bandar Shenzhen untuk menjalankan siasatan tentang punca berlakunya tanah runtuh di Shenzhen.

Bencana tersebut telah mengakibatkan 85 orang hilang. Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang mengeluarkan arahan kepada agensi-agensi di bawah Dewan Negara agar segera menghantar pasukan kerja ke lokasi bencana bagi membantu operasi menyelamat.

Provinsi Guangdong dan bandar Shenzhen telah mengerahkan hampir 3 ribu penyelamat dan lebih 400 kenderaan serta lebih 100 alat pengesan hayat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi bencana tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China