Siri letupan berlaku di pusat bandar kabul, ibu negara Afghanistan malam tadi.
Menurut seorang pegawai polis Afghanistan yang enggan mendedahkan namanya, pada pukul 9.00 malam tadi, puak militan telah melancarkan tiga roket di pusat bandar Kabul.
Di kawasan letupan tersebut terdapat istana presiden, jabatan kerajaan dan beberapa pejabat kedutaan negara asing.
Walau bagaimanapun, kerajaan Afghanistan masih belum mengeluarkan sebarang laporan mengenai jumlah kecederaan dan kematian.
Dalam perkembangan lain, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) semalam meluluskan resolusi yang menyatakan bahawa UNSC menumpukan perhatian kepada aktiviti keganasan yang dilancarkan oleh kumpulan pelampau seperti al-Qaeda, kumpulan bersenjata haram dan penyeludup dadah serta bimbang terhadap pelebaran sayap kumpulan militan Negara Islam (IS) di wilayah Afghanistan.
Resolusi tersebut menuntut semua negara agar meneruskan pembekuan aset, larangan perjalanan dan embargo senjata terhadap individu dan kumpulan yang dimasukkan ke dalam senarai sekatan, dan menggesa negara-negara terlibat mengambil tindakan untuk memutuskan pemberian dana dan sumber ekonomi lain kepada individu dan kumpulan tersebut.