Cari:
Rondaan China di Pulau Diaoyu Tidak Patut Dipertikaikan
2015-12-24 11:39:17 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Rondaan kapal pengawal pantai China di kawasan perairan Pulau Diaoyu tidak patut dipertikaikan.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei semalam.

Sebelum ini, kerajaan Jepun mendakwa kapal China yang menjalankan rondaan di kawasan perairan Pulau Diaoyu pada 22 Disember lalu telah dilengkapi dengan senjata, buat pertama kalinya.

Pihak Jepun turut melahirkan kebimbangan terhadap hal tersebut.

Dalam pada itu, Hong berkata, Pulau Diaoyu dan pulau-pulau di sekitarnya merupakan wilayah kedaulatan China sejak dahulu. Oleh itu, China berhak meronda di perairan berkenaan.

Tambah beliau lagi, kapal pengawal pantai China hanya dilengkapi dengan kelengkapan yang tidak ada bezanya dengan standard antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China