Cari:
Undang-undang Antikeganasan China Munasabah
2015-12-24 14:23:16 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Penggubalan undang-undang antikeganasan China adalah munasabah. Amerika Syarikat (AS) diharap menghormati perundangan China dan tidak mengamalkan sikap dwistandard dalam hal tersebut.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang media di Beijing semalam.

Sebelum ini, Jabatan Negara AS melahirkan kebimbangan terhadap draf undang-undang antikeganasan China, dengan mendakwa bahawa undang-undang tersebut akan menghalang kebebasan bersuara dan beragama di China.

Undang-undang tersebut dikatakan juga akan menjejaskan perdagangan dan pelaburan AS di China, kerana menuntut syarikat asing, khususnya syarikat yang berteraskan sains dan teknologi menyediakan data penting kepada China.

Hong berkata, serangan pengganas yang semakin berleluasa mengancam keselamatan negara serta nyawa dan harta rakyat China. Penggubalan undang-undang berkenaan amat perlu untuk mencegah dan memerangi keganasan.

Beliau turut menegaskan bahawa usaha memerangi keganasan adalah sebahagian daripada perjuangan untuk melindungi hak asasi manusia. Kerajaan China amat mementingkan keseimbangan antara langkah-langkah antikeganasan dan perlindungan hak asasi manusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China