Cari:
OPEC Unjur Harga Minyak Naik Semula
2015-12-24 16:25:37 CRI Cetak

Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menjangkakan harga minyak global akan naik semula dalam tempoh antara 5 hingga 25 tahun akan datang, berikutan bekalan dan permintaan dalam pasaran berkenaan semakin seimbang.

Menurut laporan pertubuhan tersebut, walaupun bekalan minyak mentah dalam pasaran antarabangsa pada ketika ini lebih tinggi berbanding dengan permintaan, namun permintaan dijangka akan meningkat pada masa depan.

Sementara itu, jumlah pengeluaran minyak mentah negara-negara bukan anggota OPEC akan meningkat dengan perlahan. Keadaan tersebut akan menyebabkan pasaran berkenaan lebih seimbang.

OPEC menjangkakan harga minyak global akan mencecah USD 70 setong pada tahun 2020 dan USD 95 setong pada tahun 2040.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China