Cari:
China Komited Basmi Kemiskinan
2015-12-25 14:30:19 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China sedang berusaha mencapai matlamat bagi mengurangkan 10 juta penduduk miskin luar bandar pada tahun 2016 seperti yang telah diputuskan dalam Rancangan Pembangunan Sosioekonomi China Lima Tahun ke-13 (2016 hingga 2020).

Ini merupakan kali ketiga China merangka program pembasmian kemiskinan tahunan sejak 2014.

Ketua Pengarah Jabatan Pembasmian Kemiskinan Dewan Negara China, Liu Yongfu memaklumkan bahawa jumlah penduduk miskin di kawasan luar bandar telah berjaya dikurangkan sebanyak 100 juta orang, dengan mencatat kira-kira 60 juta orang pada penghujung tahun ini daripada 166 juta orang pada tahun 2010 dalam tempoh Rancangan Pembangunan Sosioekonomi China Lima Tahun ke-12 (2011 hingga 2015).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China