Menurut akhbar Financial Tribune Iran, Presiden Iran, Hassan Rouhani baru-baru ini menyatakan bahawa kerajaan akan menunaikan janji yang telah dibuat dalam pilihan raya umum lalu, iaitu mewujudkan pelan pemulihan ekonomi negara melalui pelaksanaan reformasi dan dasar pintu terbuka selepas sekatan terhadap Iran dibatalkan.
Sejak dilantik pada tahun 2013, kerajaan Rouhani sentiasa komited untuk membaiki hubungan diplomatik dengan negara asing, memulihkan ekonomi negara, di samping mengawal kadar inflasi mengikut matlamat pentadbiran kerajaannya.