Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata demikian dalam sidang media selepas pertemuan dengan Menteri Luar Qatar, Khaled al-Attiyah yang membuat lawatan ke Rusia pada 25 Disember lalu.
Lavrov berkata, meskipun wujud percanggahan pendapat yang ketara tentang kesahan kerajaan Syria sekarang ini, tetapi baik Rusia mahupun Qatar berharap Syria menjadi sebuah negara yang damai, merdeka dan berdaulat. Kedua-dua negara juga bersama-sama mencadangkan kerajaan dan pemberontak Syria mengadakan rundingan damai.