Perdana Menteri India, Narendra Modi mengadakan lawatan secara mengejut ke Pakistan pada petang 25 Disember lalu. Beliau turut mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Pakistan, Mian Muhammad Nawaz Sharif.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk memperkukuh hubungan bilateral.
Kedua-dua perdana menteri sebulat suara bersejutu untuk meneruskan proses perdamaian, memulihkan semula dialog komprehensif, bersama-sama menangani isu kemiskinan dan mempertingkatkan pertukaran sosiobudaya.