Cari:
Rusia Jual Semula Sistem Peluru Berpandu Pertahanan Udara kepada Iran
2015-12-27 14:50:17 CRI Cetak

Menurut laporan media Rusia, Rusia menjual semula sistem peluru berpandu pertahanan udara S-300 kepada Iran. Menurut perjanjian yang baru ditandatangani oleh kedua-dua negara itu, Iran akan mendapatkan empat sistem baharu S-300 PMU2 yang bernilai melebihi USD 1 bilion (RM4.3 bilion).

Sistem peluru berpandu pertahanan udara S-300 antara yang agak canggih di Rusia. Negara itu pernah menandatangani kontrak penjualan dengan Iran pada tahun 2007 namun pembekalan barangannya digantungkan sejak sekian lama. Ini disebabkan resolusi PBB yang berkenaan, yang memaksa Rusia menghentikan penjualan senjata kepada Iran pada tahun 2010 sehingga kontrak itu gagal dilaksanakan.

Selepas rundingan isu nuklear Iran mencapai kemajuan, Presiden Rusia, Vldimir Putin mengeluarkan arahan pada bulan April lalu yang membatalkan sekatan menjual sistem peluru berpandu pertahanan udara S-300 kepada Iran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China