Menurut laporan Washington Post semalam, sebanyak 965 penduduk awam mati ditembak polis di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2015, termasuk 10 peratus daripadanya mati ditembak dalam keadaan tidak bersenjata.
Di samping itu, jumlah warga kulit hitam dan keturunan Amerika Latin yang ditembak mati jauh lebih tinggi berbanding dengan warga kulit putih.
Menurut statistik, rasialisme masih merupakan punca utama polis AS menyalahgunakan kuasa.