Cari:
Turki Bertegas Tidak Mahu Undur Tentera dari Iraq
2015-12-28 11:41:54 CRI Cetak

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam menegaskan pihaknya tidak akan mengundurkan tentera dari Iraq.

Menurut beliau, pasukan tenteranya dihantar ke utara Iraq dengan tujuan untuk melindungi pasukan tentera negara itu yang sedang menjalankan latihan di negara berkenaan.

Tegas beliau, penambahan pasukan tentera yang dihantar ke Iraq bukannya pasukan bertempur.

Pada awal bulan ini, Turki telah menghantar sepasukan tentera berperisai ke tempat sekitar bandar Mosul, utara Iraq, yang dikini diduduki oleh Negara Islam (IS). Kerajaan Iraq menganggap tindakan Turki yang tidak mendapat persetujuan Iraq itu sebagai tindakan yang mencetuskan permusuhan dan mencabuli kedaulatan negara itu. Iraq menggesa Turki mengundurkan tenteranya tanpa syarat. Namun, Turki menolak gesaan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China