Serangan bom berani mati yang menyasarkan jabatan pentadbiran kerajaan berlaku di kawasan Mardan, barat daya Pakistan semalam, mengakibatkan sekurang-kurangnya 22 orang terkorban, manakala 47 lagi cedera.
Menurut polis tempatan, serangan bom berlaku di bangunan pejabat Pihak Berkuasa Pangkalan Data dan Pendaftaran Negara (NADRA) cawangan wilayah Khyber Pakhtunkhwa.
Seorang pengebom yang berumur lebih kurang 20 tahun menaiki sebuah motosikal ketika cuba memasuki bangunan itu. Selepas dihalang oleh pengawal keselamatan, pengebom tersebut merempuh pintu utama dan meletupkan bahan letupan.
Militan Taliban di Pakistan mengaku bertanggungjawab atas serangan ini.