Cari:
Sepuluh Pemimpin IS Dibunuh Pakatan Antarabangsa
2015-12-30 14:30:38 CRI Cetak

Menurut kenyataan Pentagon, kira-kira sepuluh pemimpin kanan kumpulan ekstrimis Negara Islam (IS) termasuk seorang individu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan siri serangan keganasan di Paris bulan lalu dibunuh dalam serangan udara oleh pakatan antarabangsa yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap Pentagon, Kolonel Steve Warren, melalui akaun media sosial menyatakan seorang pemimpin kumpulan IS bernama Charaffe el Mouadan yang bersembunyi di Syria telah dibunuh dalam serangan udara pada 24 Disember lalu. Charaffe ada kaitan langsung dengan dalang utama siri serangan keganasan di Paris, iaitu Abdelhamid Abaaoud.

Warren berkata, Mouadan juga pernah merancang untuk menyerang negara Barat.

Tambah beliau lagi, pakatan antarabangsa akan terus memburu dan menghapuskan mana-mana pemimpin daripada kumpulan IS yang ingin menyerang AS atau negara sekutunya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China