Agensi Berita Kyodo Jepun memetik kenyataan seorang pegawai kerajaan Jepun yang berkata, sekiranya patung lambang hamba seks yang berada di hadapan Kedutaan Besar Jepun di Korea Selatan tidak dipindahkan ke tempat lain, kerajaan Jepun tidak akan membayar pampasan yang berjumlah 1 bilion yen (RM 35.7 juta) bagi menubuhkan tabung bantuan mangsa hamba seks seperti yang tertulis dalam perjanjian dengan kerajaan Korea Selatan sebelum ini.
Menurut beliau, Korea Selatan telah dimaklumkan mengenai syarat tersebut dan berpendapat bahawa syarat tersebut merupakan "keinginan peribadi" Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.
Agensi Berita Kyodo mengulas bahawa kerajaan Jepun berasa bimbang sekiranya bayaran pampasan tersebut dibuat sebelum patung tersebut dipindahkan akan menimbulkan bantahan dalam kalangan rakyat Jepun.
Namun, syarat tersebut menjadikan media Korea Selatan menjadi lebih berani malah menjejaskan pelaksanaan persetujuan yang dicapai oleh kerajaan kedua-dua negara.