Cari:
FTA Ukraine-EU Berkuatkuasa
2016-01-02 15:37:04 CRI Cetak

Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas (FTA) Ukraine-Kesatuan Eropah (EU) mula berkuatkuasa semalam.

Presiden Ukraine, Petro Porochenko dalam media sosial menyatakan tahniah kepada penguatkuasaan FTA tersebut. Beliau berpendapat ini langkah penting untuk menggalakkan integrasi Ukraine-EU.

Pada masa yang sama, Suruhanjaya EU mengumumkan kenyataan bahawa penguatkuasaan FTA EU-Ukraine merupakan peristiwa penting dan akan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak.

Difahamkan, sasaran FTA itu adalah membatalkan tarif antara kedua-dua pihak dalam tempoh 10 tahun yang akan datang. Proses pembukaan pasaran akan menyebelahi Ukraine, iaitu EU membatalkan 90% tarif produk yang diimport dari Ukraine, manakala Ukraine membatalkan 70% tarif produk yang diimport dari EU pada tahun ini.

Ukraine juga mula mengubah standard produk negara itu bersesuaian dengan standard EU untuk menemui keperluan pasaran EU.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China