Cari:
2015: Lebih 7,500 Terkorban dalam Serangan di Iraq
2016-01-02 14:43:59 CRI Cetak

Menurut kenyataan Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Iraq (UNAMI), sekurang-kurangnya 7,515 orang terkorban dan 14,855 lagi cedera dalam konflik kekerasan dan serangan ganas di Iraq pada tahun 2015.

Menurut kenyataan itu, konflik kekerasan antara pasukan keselamatan Iraq dengan kumpulan ekstrimis di provinsi al-Anbar, barat negara itu semakin buruk. Oleh itu, jumlah kematian dan kecederaan di provinsi itu masih belum dirangkumi dalam angka tersebut.

Provinsi Baghdad termasuk bandar Baghdad, ibu negara Iraq antara tempat mengalami kematian dan kecederaan yang paling teruk pada bulan Disember lalu. Seramai 261 orang awam terkorban dan 787 lagi cedera.

Ketua UNAMI, Jan Kubis turut mengecam kegiatan yang menyebabkan kematian dan kecederaan orang awam di Iraq.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China