Cari:
Kemungkinan Obama Melawatan Cuba
2016-01-03 14:56:13 CRI Cetak

Timbalan Penasihat Keselamatan Negara kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Ben Rhodes semalam menyatakan bahawa White House akan membuat keputusan mengenai lawatan Presiden Barack Obama ke Cuba pada beberapa bulan akan datang. Diharapkan agar kedua-dua negara itu mengambil tindakan berkesan demi mengekalkan hubungan dua hala yang normal.

Media AS memetik kenyataan Ben Rhodes sebagai berkata, pihaknya menggesa Cuba mengambil lebih banyak tindakan dalam membaiki hak asasi manusia dan merangsang ekonomi.

Sekiranya Presiden Obama dapat mengadakan lawatan ke Havana sebelum perkhidmatannya tamat sebelum Januari tahun 2017, ini akan membawa makna yang amat besar. Mantan Presiden AS, John Calvin Coolidge pernah mengadakan lawatan ke Cuba pada tahun 1928 dalam tempoh perkhidmatannya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China