Cari:
Iran Bantah Arab Saudi Bunuh Ulama Syiah
2016-01-03 15:11:07 CRI Cetak

Kementerian Luar Iran membantah keras Arab Saudi yang mengenakan hukuman mati terhadap seorang ulama puak Syiah dan mendakwa negara itu akan menanggung akibatnya. Dalam pada itu, Kementerian Luar Arab Saudi memanggil Duta Besar Iran ke Arab Saudi, membantah Iran campur tangan dalam hal ehal dalaman negara itu.

Menurut laporan stesen TV Iran, jurucakap Kementerian Luar Iran, Hossein Jaberi Ansari menyatakan bahawa Arab Saudi mengenakan hukuman mati terhadap ulama terkemuka puak Syria, Sheikh Nimr Baqr al-Nimr merupakan tindakan tidak bertanggungjawab. Kerajaan Arab Saudi yang memberikan sokongan kepada pengganas dan pelampau di dunia, dan turut mengenakan hukuman terhadap pengkritik di dalam negara itu, akan menanggung akibatnya yang besar.

Dalam perkembangan yang berkaitan, penduduk di bandar Mashhad, timur laut Iran mengadakan tunjuk perasaan di depan Konsulat Arab Saudi di bandar itu, membantah negara itu membunuh Nimr.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China