Iran akan terus menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan peluru berpandu.
Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar Iran, Ali Larijani semalam.
Menurut laporan TV negara Iran, Iran bukan sahaja akan terus menjalankan R&D peluru berpandu, malah juga akan memperuntukkan dana dari belanjawan negara atau melalui usul lain demi memperluas rancangan pembanguan nuklearnya.
Amerika Syarikat (AS) mendakwa Iran melaksanakan ujian pelancaran peluru berpandu baru-baru ini dan akan mengenakan sekatan baharu terhadap Iran. Presiden Iran, Hassan Rouhani memberikan balasan keras yang mengarahkan Menteri Pertahanan untuk terus menghasilkan pelbagai jenis peluru berpandu.