Cari:
15 Maut Serangan di Pangkalan AS di Iraq
2016-01-04 15:19:35 CRI Cetak
Kumpulan militan Negara Islam (IS) melancarkan serangan bom berani mati berhampiran dengan pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Tikriti, ibu kota wilayah Salahudin, Iraq, mengakibatkan sekurang-kurangnya 15 anggota pasukan keselamatan Iraq terkorban, manakala 22 lagi cedera.

Menurut pasukan keselamatan Iraq, sasaran IS adalah anggota pasukan polis dari wilayah Ninewa yang sedang menjalankan latihan di pangkalan tersebut.

Terdapat lima orang pengebom berani mati, dua orang meletupkan bom di pintu pangkalan, manakala tiga lagi meletupkan bom di dalam pangkalan tersebut.

IS turut mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut melalui laman web.

Pada 28 Disember lalu, tentera kerajaan Iraq mengumumkan bandar Ramadi berjaya dibebaskan daripada kawalan IS dan wilayah Ninewa mungkin menjadi sasaran mereka seterusnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China