Cari:
Xinjiang Bangunkan Pusat Kewangan Jalur Ekonomi Jalan Sutera
2016-01-04 15:29:37 CRI Cetak

Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China menyasarkan pembangunan pusat kewangan yang berorientasikan Jalur Ekonomi Jalan Sutera.

Pelbagai langkah bagi menjayakan matlamat itu kini sedang giat dilaksanakan dengan sokongan pelbagai institusi kewangan negara ini.

Langkah-langkah tersebut akan berfokus pada usaha mengantarabangsakan mata wang renminbi (RMB), membangunkan zon ekonomi khas dan menggalakkan syarikat domestik melabur di luar negara.

Urusan penjelasan mata wang rentas sempadan China-Tajikistan telah beroperasi di Urumqi, ibu kota wilayah Xinjiang pada bulan Disember lalu, bagi memudahkan transaksi perdagangan kedua-dua negara.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China