Cari:
Harga Minyak Naik Ekoran Ketegangan Hubungan Arab Saudi-Iran
2016-01-04 16:20:15 CRI Cetak

Arab Saudi semalam memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran selepas penunjuk perasaan memecah masuk kedutaan negara itu di Teheran.

Ketegangan hubungan antara kedua-dua negara pengeluar minyak mentah di Asia Barat ini menyebabkan kenaikan harga minyak mentah secara mendadak di pasaran antarabangsa.

Harga niaga hadapan minyak mentah di bursa New York melonjak kira-kira 3 peratus, mencecah USD 38 setong.

Menurut penyelidik strategi pasaran Kumpulan IG, Angus Nicholson, ketegangan hubungan antara Arab Saudi dengan Iran dijangka menjadi titik permulaan bagi pergolakan harga minyak mentah.

Pakar berpendapat bahawa walaupun harga minyak mentah di pasaran antarabangsa mungkin meningkat dalam suatu masa yang singkat akibat faktor geopolitik, namun pemulihan harga minyak masih memerlukan masa memandangkan keadaan bekalan yang melebihi permintaan di pasaran kini masih tidak berubah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China