Cari:
Star Wars: The Force Awakens Lepasi Kutipan Titanic di AS
2016-01-04 14:56:41 CRI Cetak

Kutipan filem Star Wars:The Force Awakens di seluruh dunia secara keseluruhannya telah mencecah USD 1.3 bilion (RM4.6 bilion) dan melepasi kutipan filem Titanic di Amerika Syarikat (AS).

Dengan kutipan sebanyak USD 686 juta (RM2.95 bilion), The Force Awakens berjaya merampas kedudukan Titanic sebagai filem kedua dengan kutipan tertinggi di negara tersebut dengan kutipan sebanyak USD 658 juta (RMRM2.83 bilion) ketika ditayangkan pada tahun 1998.

Filem tersebut juga berjaya mengatasi kutipan filem Jurassic World yang mengutip USD 652 juta (RM2.8 bilion), sebagai filem dengan kutipan tertinggi bagi tahun 2015.

Namun begitu, filem ketujuh dalam saga Star Wars itu masih berada di belakang filem Avatar, yang mencatat kutipan AS$760 juta (RM3.2 bilion) di AS pada tahun 2009.

Avatar juga sehingga kini masih kekal sebagai filem terlaris di dunia dengan kutipan USD 2.7 bilion (RM11 bilion).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China