Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) malam tadi mengeluarkan kenyataan media mengutuk tindakan penunjuk perasaan Iran menyerang Kedutaan Arab Saudi di Teheran.
UNSC turut menggesa Iran melindungi premis kedutaan asing di negara tersebut, serta mendesak Iran dan Arab Saudi mengambil langkah untuk meredakan keadaan.
Pada hari yang sama, wakil tetap Arab Saudi ke PBB menyatakan bahawa tindakan Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran tidak akan menjejaskan usaha negaranya untuk menggalakkan proses perdamaian serantau.