Cari:
Pergolakan Pasaran Saham Global pada Tahun Baharu
2016-01-05 11:29:39 CRI Cetak

Pergolakan berlaku di pasaran saham global pada hari pertama dagangan bagi tahun 2016, semalam.

Mekanisme pemutus litar beroperasi dalam pasaran China apabila indeks saham berkenaan merosot 7 peratus dan ditutup lebih awal.

Indeks saham Amerika Syarikat (AS) dibuka dengan susut lebih 450 mata, mencatat penurunan paling besar pada hari pertama urus niaga bagi tahun baharu sejak 1942.

Ketegangan situasi di Asia Barat berikutan beberapa negara termasuk Arab Saudi, Bahrain dan Sudan memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran turut menimbulkan kebimbangan pelabur, terutamanya terhadap bekalan petroleum di pasaran antarabangsa.

Menurut pandangan penganalisis, pergolakan pasaran saham AS dijangka lebih besar pada tahun ini walaupun indeks sahamnya diunjurkan tetap meningkat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China