Cari:
Bahrain, Sudan Putus Hubungan Diplomatik dengan Iran
2016-01-05 11:30:57 CRI Cetak

Selepas Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran pada 3 Januari lalu, Bahrain dan Sudan juga bertindak untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan negara itu semalam.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Bahrain semalam mengarahkan semua diplomat Iran meninggalkan Bahrain dalam tempoh 48 jam.

Bahrain turut menutup kedutaan besarnya di Iran, di samping memanggil balik semua diplomat dari negara itu.

Dalam perkembangan lain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menurunkan status hubungan diplomatik dengan Iran kepada charge d'affaires, dan menuntut Iran mengurangkan jumlah diplomatnya di UAE.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar UAE, tindakan tersebut diambil berikutan campur tangan Iran dalam urusan dalaman negara-negara Arab, suatu tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China