Cari:
Naib PM Gesa Kawalan Pencemaran Udara Diperhebat
2016-01-05 14:04:42 CRI Cetak

Usaha mengawal pencemaran udara perlu diperhebat lagi, terutamanya pada musim sejuk.

Gesaan tersebut dibuat oleh Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli ketika meninjau kerja-kerja pencegahan dan kawalan pencemaran udara di Beijing semalam.

Zhang berkata, penambahbaikan keadaan alam sekitar merupakan hasrat seluruh rakyat dan juga tugasan penting dalam tempoh Rancangan Pembangunan Lima Tahun ke-13.

Pelbagai langkah perlu dilaksanakan dari segi undang-undang, ekonomi, teknologi dan pentadbiran bagi menangani pencemaran udara di Beijing dan kawasan sekitarnya.

Langkah-langkah tersebut antaranya termasuklah menggantikan arang batu dengan bahan bakar yang lain sebagai pemanas pada musim sejuk, mengehadkan penggunaan kenderaan, mengintensifkan kaedah rawatan pencemaran dalam sektor perindustrian, merancakkan perkongsian maklumat berkenaan dan meningkatkan sinergi antara pelbagai pihak berkuasa tempatan dalam usaha menangani pencemaran udara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China