Cari:
Celine Dion Terima Pujian Selepas Persembahkan Lagu "Hello"
2016-01-05 11:37:07 CRI Cetak

Penyanyi terkenal dunia, Celine Dion baru-baru ini mengejutkan peminatnya apabila menyampaikan lagu "Hello" nyanyian Adele ketika konsert beliau sempena sambutan tahun baharu di Las Vegas AS.

Susulan itu, rata-rata netizen memuji Celine Dion kerana dapat menyampaikan lagu hit 2015 itu dengan cara yang tersendiri.

Penyanyi berusia 47 tahun itu mengambil cuti sementara pada tahun 2014 kerana kesihatan suaminya dan menyambung semula konsert beliau pada bulan Ogos 2015.

Pada bulan Oktober tahun lalu, Dion mendedahkan bahawa beliau sedang menumpukan perhatian pada projek album Perancis yang terbaharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China