Cari:
Rohani Kecam Arab Saudi Hukum Mati Ulama Syiah
2016-01-06 15:13:17 CRI Cetak

Presiden Iran, Hassan Rohani mengecam tindakan Arab Saudi melaksanakan hukuman mati ke atas ulama terkenal Syiah, Sheikh Nimr al-Nimr, sambil menyatakan bahawa tindakan Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran tidak dapat menyembunyikan jenayah tersebut.

Dalam pertemuan dengan Menteri Luar Denmark, Kristian Jensen di Teheran semalam, Rohani menegaskan bahawa tindakan Arab Saudi menjatuhkan hukuman mati ke atas Nimr menyalahi ajaran Islam dan mencabul hak asasi manusia.

Tindakan Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran semata-mata untuk menutup jenayahnya sendiri dan pasti akan gagal.

Tambah Rohani lagi, mana-mana kerajaan tidak boleh menggunakan kaedah tersebut untuk menghukum pihak lawan.

Beliau turut menggesa agar negara Eropah tidak mengamalkan dwistandard dalam hal tersebut.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China