Cari:
DPRK Umum Kejayaan Ujian Bom Hidrogen
2016-01-06 17:04:41 CRI Cetak

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) hari ini mengumumkan kejayaan ujian bom hidrogen yang pertama.

Kerajaan DPRK dalam satu kenyataan menegaskan bahawa DPRK tidak akan menggunakan senjata nuklear atau memindahkan teknologi tersebut dalam apa-apa keadaan, kecuali kedaulatannya dicerobohi.

Menurut kenyataan itu, ujian tersebut dijalankan pada pukul 10 pagi waktu tempatan (9 pagi waktu Malaysia), namun tidak menyebut lokasi ujian dijalankan.

Sementara itu, menurut laman web Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), pada pukul 1.30 petang hari ini (GMT), gempa bumi berukuran 4.9 skala Richter berlaku di DPRK. Pusat gempa terletak di 41.3 darjah latitud utara, 129.1 darjah longitud timur pada kedalaman 0 kilometer.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China